Monday, March 30, 2009

aku sayang dia

ini tentang dia..
dia yang aku sayang..
dulu,kini dan selamanya..

surprise buat dia yang tersayang~

ini yang pertama..


da marvellous chocolate cake 4 da gurl who was sixth..simple tapi rase mmg xleh tahan..thumbs up up=) excited dia nak potong dat cake..sket2 tanye bile nak potong nih..tapi mama kate tggula sume ade..hee3..sabar ye budak kecik^_^

ini yang kedua..

mule2 nampak hadiah tersebut,dia sangat2 terkejut..dan xterkata..lepas beberapa lama barula dia bersuara sambil malu2 mengatakan terima kasih..hadiah ni dikongsi oleh al-huda,mama n kakak..xlarat kalau nak beli sorang2..harga pun lebih drpd rm 150..wah,memang untung betul dia..kecik2 baru umur 6 tahun da dapat laptop..ktorg yg besa2 ni pon dapat tyme umo 20 tahun(lebih kurgla)..hush,xleh tahan..mule2,rase cam xyah la ye2 beli hadiah mahal2 ntuk dia tapi xtaula kenapa beli jugak..maybe,sebab sayang kot..ya,dia memang sentiasa disayangi dulu,kini dan selamanya..

ni pulak xtaula nak kate surprise gak atau pun tak..
semua ahli keluarga pun tahu..saudara mara pun tahu..kawan2 yang terdekat jua tahu..
tapi bukan dia..dia xpernah tahu..dia xpernah tahu bahawa dia lah insan yang terpilih untuk melakukan pengorbanan suatu ketika nanti..kerana hanya dia yang sesuai menjadi penderma sum-sum tulang buat angah dia..DNA yang betul2 serupa dan sama dengan angah dia..

result DNA of my siblings..haish,kecik la plak..try click kalo nak beso

tapi,alhamdulillah..Allah itu Maha Pengasih..jenis chronic myleod luekimia's type yang dihadapi oleh angah dia hanya menjadikan pemindahan sum-sum tulang sebagai back-up plan..alternatif lain telah dijumpai walaupun masih didalam kajian..pemindahan sum-sum tulang hanya akan dilaksanakan apabila responsi terhadap alternatif lain tersebut bersifat negatif..

dan alhamdulillah sekali lagi kerana angah dia setakat ini mempunyai responsi yang berkadar terus dengan proses pembuangan sel-sel darah putih yang tidak matang..kepositifan ini akan terus dijadikan pemerhatian untuk para doktor bagi menganalisis tindakan apa yang perlu disusuli selepas ini..samaada meneruskan glivec (click ntuk bace entry sblum2 ni) ataupun bertukar kepada pemindahan sum-sum tulang..

dan harapan angah dia,moga responsi yang bersifat positif ini akan terus kekal sampai bila-bila..biarlah kesan2 sampingan yang kadangkala agak menyesakkan serta sangat2 meruntun hati terpaksa dihadapi..andai ditakdirkan pemindahan sum-sum tulang untuk kami berdua,biarlah masa dan ketika itu dia sudah mula dewasa..

video bawah nih menunjukkan ketabahan dia ketika kali pertama mengorbankan sedikit daripada darahnya untuk diujikaji..sayu betul hati angah dia tyme dia kene cucuk ngan jarum tuh..dia memang berani..senyum je pada mulenya..tapi gara2 pengaliran darahnya yang agak perlahan dan kesakitan yang melanda,senyum mula bertukar tangisan..huuu,menyentuh hati betul..ni baru je amik darah sket,belom amik sum2 tulang yang gune drill ntuk tembus tulang blakang..huu,ngeri..xsanggup nak bagi dia merasai kesakitan lagi..moga ini kali pertama dan akhir dia berkeadaan camni..ameen





dia yang bernama asma' adilah..
da one almost in my heart..
aku sayang dia~

al-huda: 2 more days appoiment wif mr drill which would seek 4 my bonemarrow..may Allah ease~

Tuesday, March 24, 2009

hari ini hari selasa~


hari ini hari selase..

dua hari lagi hari khamis..
ada apa dengan hari khamis??
hari khamis same dengan 26 mac..
itu hari ulang tahun seorang budak kecik..
budak kecik itu bernama asma' adilah..
dan hari khamis juga adalah hari perjumpaan ibu bapa dengan guru di tadika elit permataku..
jom kita tengok budak kecik tu dapat nombor berapa..
kalau sebelum-sebelum ni di awal kemasukan ke tadika, keputusan memang membanggakan..
dapat nombor 1 dalam kelas..
tapi makin lama agak menurun..
ujian-ujian seterusnya nombor 2, kemudian 4, dan kemudiannya lagi 6..
tapi mama kata sebab budak kecik dah masuk strimming class..
oh,okeyla kot kalo macam tuh..
tadika pun ade strimming class..hebat2
pernah tu cikgu kelas dia siap tulis kat buku rekod..
suka mengarah dan kurang fokus..
selalu berbual dengan kawan di sebelah..
wah,wah,wah..
komain lagi budak kecik ni..
tapi sekarang mungkin sudah bertambah okey..
kami semua dah torture ngan warning sama budak kecik..
dan kalau keputusan kali ni menurun lagi..
menangislah angah dia..
penat ajar dia malam-malam sepanjang minggu ujian tuh..
rasenye budak skola rendah ngan menengah pun tak study macam tu..
nasiblah kalau angah da start train budak kecik..huhuh
oke,tamat cerita hari khamis..

masuk pula cerita hari sabtu..
ada apa dengan hari sabtu??
hari sabtu sama dengan 28 mac 2009..
ada kenduri doa selamat dekat rumah..
jadik sesiapa yang berkelapangan dan berkesempatan..
meh jemput datang rumah..
hari sabtu pukul 12 tengahari..
sempena apa??
sempena hari ulang tahun budak kecik yang ke-6..
wah,mandat besar rupanya dia..
lagik??
sempena angah kepada budak kecik agar selamat..
sebab angah dia mahu pulang ke bumi nun kat timur tengah sana..
tapi sebelum tu, angah dia kene buat bonemarrow dulu..
doktor kata nak cek sum-sum tulang..aduhh
erm,bile tu??
hari rabu minggu depannya..
hari rabu sama dengan 1 april 2009..
lebih kurang seminggu dari sekarang..
angah budak kecik dah mula takut..
tapi xpe,insyaallah angah dia budak tabah..
semoga angah dia baik-baik saja..
ameen..

erm, dah xtahu nak cerita ape..
cerita hari khamis sudah, cerita hari sabtu pun sudah..
cerita hari rabu??
xpe,nanti kita tunggu hari tu macam mana..
semoga hari ini dan hari-hari mendatang akan terus bersinar..
insyaallah..

okey,da abes pun cerita..
maka??
wassalam..

-typing off-

Sunday, March 15, 2009

n again..


kami pernah dididik agar tidak menjadi manja..selagi termampu,lakukan saja 'kerja2' yang sememangnya harus diutama..walaupun ditimpa sedikit ujian kesakitan ringan,ber'gerak' itu satu keperluan..

berpegang prinsip itu,jiwa meronta mengingkari,hati berkeras mahu pertahan..
dan akhirnya sekembali dari 'perjuangan', diri terus tersungkur lemah. kedegilan tadi terus dijadikan isu asbab musabab tersungkurnya sekujur tubuh. walau badan terasa kuat,namun hakikat harus diterima.

2 hari 2 malam terlantar sekali lagi di sebuah pusat rawatan terus jadi pengajaran. jikalau dulu,seorang aku boleh bergerak ke sana ke mari bebas sesuka hati, namun sekarang segalanya berubah. kerana aku bukan aku yang dulu.. ada batas yang perlu dipatuhi, ada hati yang perlu dijaga. adakah aku semakin manja??

tiket penerbangan ntuk pulang semula ke bumi ijazahku baru sahaja dipastikan namun boleh saja dibatalkan bila-bila.selagi wang belum bertukar tangan, selagi itu keputusan boleh diubah-ubah.. gerunnya pabila memikirkan.

dan ujian yang datang kali ini membuatkan akal berfikir semula,hati mula mencongak, jiwa kembali berkira-kira..betulkah keputusan yang aku ambil?? sejauh manakah keyakinan aku?? aku jadi makin takut..takut2 jikalau aku terpaksa menyusahkan buat sekelian kalinya orang-orang yang aku sayang..orang-orang yang sememangnya sudah banyak berkorban..sanggupkah aku??

dan selama perkampungan di wad,ahli2 keluarga turut menemani..ayah,mama n asma'..kakak dan amad ade program masing2 keesokannye..kakak dengan program pembinanya dan amad pula dengan progam krimnya..dan sebetulnya aku sepatutnya menyertai salah satu progam tersebut kerana menjadi urusetia..namun,hajat hati untuk bertemu adik2 yang masih di alam persekolahan terpaksa dikuburkan begitu sahaja. mungkin rezekiku bukan pada waktu ini..

dan sememangnya aku perlu belajar menerima hakikat..mungkinkah aku terpaksa bermanja selepas ini??dengan ketiadaan antibodi pembina ketahanan dalam badan menyebabkan aku mudah diserang virus2 atau bakteria2 yang sentiasa ada di mana2..malah sukar pula dinyahkan pabila sudah terkena..yang lantas akan menjadikan aku lemah walaupun aku rasa aku masih kuat.mampukah aku meneruskan langkahan kaki??tegarkah jiwaku??

selepas semua ini berlaku,ayah sudah mula memutus kata dua..sekarang pilihan terletak pada diri..biarlah masa dan keadaan yang menentukan..petunjuk harus dipohon.semoga jalan2 kehidupan yang bakal dilalui adalah yang terbaik buat diri..may Allah bless~

--------------------------------------------------------------------------------------------
al-huda: semoga semua dipermudahkan..sgt2 menghargai mereka2 yang banyak berkorban..semoga Allah mengganjar balasan baik buat semua

catatan : aku budak tabah IV



15 nov ’08 bersamaan 17 zulkaedah
Seperti biase, ramai sahabat,senior,junior datang berziarah sepanjang aku kat icu tuh.. yang datang berkali2 pun xkurg juga.. xputus2 aku menerima kunjungan mereka yg datang dari pelbagai arah..ditambah lagi dengan masakan2 lauk pauk yg turut di bawa serta sokongan padu dari semua membuatkan aku terharu sgt2.. xde ugkapan melainkan terima kasih yg dapat kuungkap.. smoge Allah mengganjarkan balasan baik buat semua..terima kasih!!
Hari tu seperti hari2 lain selama aku di situ, Dr Ali Mishal datang menjengukku.. biasenye, dlm sehari 2 kali dia akn dtg menemuiku bertanya khabar dan bertanya tentang perkembangan diriku..skali pada waktu pagi sebelum dia masuk ke pejabat n skali lagi pada waktu petang sebelum dia pulang ke rumah.. dan hari tu,dia datang lagi.. membawa perkabaran yang agak mengejutkan aku.. dia kate nnt kamu nak balik msia kan..suke x?? nnt nak tukar wad sbb nak bg aku biasekan diri sbb nk fly jln jauh isnin nnt.. tekejut aku.. mane xnye, selama aku kat ctu aku cume harap nak kuar dari hospital n balik umah kat irbid.. tu pun aku da cukup syukur.. bile dengar kate nak balik msia tu,terus aku tanye mama yg ade kat tepi tu.. btul ke ape yg dr Ali katekan tadi.. mama senyum n kate ha’ah.. dat’s why la ayah beriye nak g irbid petang jumaat semalamnyaa.. rupanya nak amik barang2 aku.. mintak tolong niswan n k.tmah n9 packingkan brg2 aku.. mula tu aku ingat ayah sajela nk g irbid sebab sblum ni ayah mmg da penah dtg jodan atas urusan tertentu tyme aku 1st year dlu..tapi sebab kejap je, aku yg turun n bmalam kt amman ntuk jumpe ayah.. tyme tu ayah dtg ngan ustat lah n cik raman n mmg full pun urusan derg.. mmg xsempat ayah nk g irbid.. tu sebab aku pikir ayah nak qada’ g irbid.. xtepikir lgsung ayah da berpakat ngan memasing nak bawak aku balik msia.. hu3
n petang tuh, aku ditukarkan ke wad ICUN..masih lagi icu tapi icu pertengahan.. excited gakla tyme tuh sbb aku ingat aku akan dibebaskan dari segala tiub n wayar yg berselirat kat wad baru nih..rupanya same je cume berkurang la skit..papepun alhamdulillah.. smpai ke malam, masih xputus sahabat2 dtg berziarah.. ciap ade yang kate nak teman aku malam tu kat ctu but nurse plak xbagi..x macam kat icu sblum tu bole je kalo sorg nak teman n mmg spanjang kat sna, mmg aku akan diteman sumone(x niswan,mama).. smpai nak nangis jimah aku tgk bile xdapat teman aku malam tuh(credits to Azimah aka naib presiden mmy*wink*)n yg len2 yg datang ziarah pun menambahkan lagi keharuan ku bile memasing sanggup tggu dari siang ntuk masuk menjenguk aku kat dlm wad.. derg kate ramai sgt kat luar..masing2 tggu turn nak masuk memandangkan icu bukanla bole masok ramai2.. tapi selama kat icu maupun icun aku rase da xmacam icu da sebab xputus2 org dtg.. guard kat luar tu pun da faham, kalo dak malizzi dtg reramai ni mesti nak ziarah nabilah..hu3..terima kasih semua..

16 nov ’08 bersamaan 18 zulkaedah
Hari ke-dua di icun.. malam yg xditemankan sesiapa buat pertama kalinya.. dan mungkin malam yang agak-bole-tidur even terjage berkali2, kerana mungkin di sini penderitaan ku agak berkurang..huhuh..kalo kat icu sblm tu, mmg cian sgt2 kat niswan yg jadik peneman aku..da la dye tdo kat krusi je,pastu sket2 kene kejut ngan aku sbb nk mintak tolong btolkan kedudukan katil yg bole digerak2kan ikut keselesaan(cam kat flight bole tekan2 tuh) tapi aku xrase selesa pun gare2 kesan ‘drill’ di bhgn blkg badan.. haila mmg demand btol aku tyme tuh..sori niswan..jasamu tetap kukenang..=)
Paling awal sampai pagi tuh, ayah mama sebab derg mmg dok kat sweileh je.. then lepas da berlame2an kat ctu, ayah cdg nak g balad amman..bawak mama skali..yup,aku mmg stuju sgt2..drpd dok teman aku kat spital ni je, baekla mama ikot ayah g tengok2 sket camne amman,Jordan nih.. lgpun ni 1st tyme mama datang..kalo ikotkan, mama mmg penah kate nnt nk dtg Jordan..n kalo ikot perancangan ingat nak dtg jodan tyme aku grad taun 2010 nnt.. tapi perancangan Allah jualah yg menentukan.. mama dtg jordan ntuk pertama kalinya lebih awal dari yg djangke..
Sementara ayah mama ke balad, terdapat junior2 turut dtg berziarah.. terharu lagi.. dan tengahari smpai ke malam pun,masih ramai sahabat2 xputus2 dtg berziarah.. lagi2 esoknya aku akan ‘berangkat’ ke tanah air..
Dan kesempatan kunjungan ukhti2 tersayang, aku tggalkn pesan2an yg sepatutnya.. dan memandangkan mereka antara org yg rapat dgnku dan dipercayai (bukan bermakna org len xrapat atau xdipercayai tapi aku rase dr derg ni aku bole dapatkan jawapan yg aku nak kot-sebab org len sume pun xnak bgtau aku..huhuh).. aku tanyekan ape sebenarnye yg derg dengar n tau pasal aku..means aku nak tau aku ni sakit ape sbnarnyee.. da nak sminggu terlantar kat icu tapi xde org bgtau aku,aku sakit ape..huhuh.. tapi derg ni pndai cover..he3..same mcm org len,mmg aku xdapat jawapan jugak..mereka mmg berpegang dgn pakatan yg da dibuat kat luar sane b4 masuk ziarah aku kat dalam..xpe,aku faham..sume pun mesti ntuk kebaikan aku gak..hu3
xsangka, bole jadik bnde2 camni kat aku..bese kat tv or kat cite2 novel je aku tau yg patient xtau ape sakit dye sebab sumorg rahsiakan dari patient tuh sebab xnak mburukkan keadaan..hu3
Tapi bile sumorg pon diam je pasal bnde nih,aku pun xbanyak tanya sgt sebab yela mane tau aku btol2 xde pape ke..maybe xserius mane pun..mmg pon..watpe nak pikir ye2.. lgpun dr ngan ayah xckap pape pon.. aku hanya akur dengan keadaan..

17 nov ’08 bersamaan 19 zulkaedah
Ciap2 pagi tu dengan perasaan yg xtau nak kate pe.. nak balik msia la katekan..he3. da mintak tolong mama ironkan baju n tudung sume.. da lame sangat pakai baju rasmi ward musytashfa islami nih.. terase nak pakai baju sndiri pulak.. lagipun nak balik msia, faham2 jelakan.. b4 kuar wad n da ciap2 tuh,aku sempat g balik kat icu tempat mula2 aku masuk tuh.. sajela nak wida’ nurse2 n staff kat ctu..yela,derang sume byk bejase kat aku.. blom lagi layanan yg extra muhibbah tu.. teharu sgt.. rase mulianye derg2 yg jadik nurse tuh..
skali tghari tuh, banyak pulak cabaran2 yg mendatang lg2 nak berurusan dengan org arab nih.. ait,xnak kasi aku kuar spital ke..hu3..then,lepas berunding berkali2 make aku dilepaskan kuar n ditolak ke ambulance untuk dibawa terus ke airport.. ni kire 1st tyme aku naik ambulance..huu, cam vip lak rasenyee..hee3.. sahabat2 lain ade yg terus tggu kat airpot n ade gak yg g skali dr hospital..nek keta ape xpulak aku tau.. tyme tu yg skali dgn aku dalam ambulance mama n maklong aka wife tuan haji sulaiman.. ktorg bertiga je yg nek ambulance tuh.. mak ai, skali driver tu bawak macam ribut.. laju campur berenjut2.. aku yg sakit nih bertambah sakit jadinye.. yela,kesan kene ‘drill’ kat blkg badan aku tuh mmg xilang2 lagi sakit die.. mama n maklong pon da pening2 dok dalam tu..da dasar arab bawak kete..huh
sampai kat airpot, perasaan aku xtau nak kate ape..xtau la aku gembira x nak balik msia.. n aku rase cam sedih pulak sebab nak tggalkan Jordan,dgn study aku ntah mcm mane lepas nih..ntahla..tapi ade org pernah pesan biar balik msia smpai sihat btol2 dlu baru best nk smbg study balik.. belajar ni sementara je,kesihatan yg kite nak bawak smpai akhir hayat.. yup,aku stuju even agak pahit ntuk aku telan..semua ni dah ditentukan..
n kat airpot tyme tuh da ramai yg tggu.. ktorg wida’ skit n aku pun masuk tmpat entrance.. ayah da pesan jgn obvius sgt..takut kalo die tau sakit nnt die xkasi aku fly.. make aku pun buat2la cam bese sambil berjalan dgn confidentnye.. cam robot pun ade aku rase.. dengan jalan satu2 n btol xbtol sgt campur tangan aku yg ‘besar’ cam pepaya sbb bgkak2 tuh.. hu3
alhamdulillah, semua dipermudahkan.. aku lepas naik flight.. tyme tu kat economy class je skali ngan mama ayah n ust fauzi yg ade skali tyme tuh.. perjalanan lebih kurang 3 jam sebelum smpai ke doha untuk transit selama 5-6 jam..
sampai kat doha,kaki stat bengkak2 balik..mane xnye,dok lame sgt dlm flight dgn kaki melunjur ke bawah..agak2 tu sebab bgkak balik kot.. seb bek sbb after tuh aku dapat bisness class ntuk flight seterusnye ntuk ke kuala Lumpur.. so,tyme transit tu dapatla dok kat lounge yg mmg khas ntuk org2 yg bisness class punye.. mmg cam vip btolla.. hu3..kat ctu aku cube regang2kan mane yg patut.. penat gak menunggu duduk lame sgt kat ctu.. blkg badan aku yg kene drill tu pun still saaakit lg..duduk pun mmg serba xkena.. alhamdulillah, da lame2 cam pak pacak ktorg tggu kat ctu, dengarla gak panggilan masok ntuk penumpang2 flight yg aku will naik.. kali ni xmacam org bese..ktorg pegi kat pintu masuk flight bukan naik bas cam org lain tapi naik ade satu cam crane ke pe bnde ntah..dari jalan bese tuh,tbe2 ktorg terangkat sndiri dari bawah ke ats smpai btol2 depan pintu flight belah lain..pastu lintas dr crane tu masok flight gune jejambat yang die kuarkan tu..huh,xle tahan..mmg pengalaman btol la..special case la katekan..he3
to be continued..

Thursday, March 5, 2009

catatan : aku budak tabah III

:: unit rawatan rapi ::


Mushtasyfa Islami Amman, Jordan

11 nov’ 08 bersamaan 13 zulkaedah
Alhamdulillah, akhirnya kaki kami menjejaki jua musytashfa islami.. lantas tingkat dua kami jejaki atas arahan Dr Ali Mishal.. setelah mendaftarkan diri sebagai pesakit baru (pertama kali dptkn rawatan kat cni), kami duduk2 melepaskan penat di ruang menunggu sambil menanti panggilan giliran namaku untuk berjumpa dengan Dr Nihlah Najm.. xlama lepas tu, muncul Dr Ali Mishal bertanyakan khabar serta keadaan diriku.. dan beberapa ketika, namaku dipanggil..
Masuk ke dalam bilik Dr Nihlah.. Dr Ali menerangkan serba sedikit tentangku kpdanya.. setelah mengambil sedikit history drpdku, Dr Nihlah mula meng-check2 diriku sambil bertanya2 tentang keadaanku..

Kemudian, dia bercakap2 semula dgn Dr Ali dalam bahasa Arab ammiyah (kot-sbb xpaham) n perlahan2.. mcm berbisik2 pun ade.. musykil kami.. huhu. Kemudian, aku diputuskan oleh dr untuk ditahan masuk ke wad. Perasaan tyme tu?? Biase je kot.. sbb cam da agak..
Ade gak tanye Dr Ali, aku sakit ape sbenarnye.. then, die ade snaraikan dlm 5 kot – suhu tinggi-demam yg xmenentu, rhyumatic fever-demam sendi, spleen bengkak, sesak nafas n ape ntah lagi xigt..hemoglobin rendah kot.. Sempat gtau ayah n snaraikan 5 bnde tuh.. tbe2 jadi skematik letronik! tyme tu manela tau bnde2 tuh symphtom ntuk penyakit pape ke.. ktorg bukan dak medic pon.. huhu

Duk kat wad, adela skit2 amik darah.. then, ade gak g x-ray n ultrasound (yg cam tgk baby tuh..he3).. balik wad, smbung borak2,mkn coklat yg k.jui bagi b4 btolak tghr tuh,bace2 skit kitab2 yg sempat terbawak ngan niswan yang setia menemani.. sambil2 tu ktorg ade gak amek2 gmba kat dlm wad tuh.. jadik jakun kejap.. maklumlah,due2 1st tyme dok wad..huhuh

Ntah knape tibe2 beberape nurse serbu kat katil ktorg n kate, okey kite akan ke ICU skrg.. cuak, panic, worry, sume pun ade tyme tuh..knape lak tetibe nih.. sampai kat ICU, aku dibiarkan seketika..Xlame lepas tu, seramai2 nurse dan dr menyerang masuk ke bilikku yang agak khas di ICU tuh.. tyme tuh, niswan diarahkan keluar dari ctu.. bertambah2 panic aku jadinye..

Ntah bile aku pun xpasan nurse tu cucuk bius.. sebab afte tuh aku cam sedar xsedar.. dgn baik hati dan taatnye, aku ikut je arahan dr2 ngan nurse even perasaan takut menyelubungi diri.. dan ada satu mase tuh aku rase bhgn blakang aku cam kene drill je..huhu.. pastu ade gak die cucuk gak kat tgh2 dade aku.. tatau la derg nk watpe.. aku sedar n rase je ape yg derg sume wat kat aku tyme tuh tp xrase sakit.. dan malam tuh gare2 suhu badan aku yg meningkat, dengan tanpa rase belas ihsannye aku kene simbah ngan air..bole nurse2 kat ctu curah air sejuk dari baldi kat satu badan aku..haila org arab nih.. dan setelah disimbah air sejuk di kala cuaca mula sejuk di luar gare2 winter tuh,terus aku rase cam makin lemah n xleh nak gerak2kan sgt badan..tyme tu aku xtaula aku ade simpan sakit ati x kat nurse2 kat ctu or x..sebab ape yg derg buat kat aku malam tuh mmg btol2 melemahkan aku..ditambah dengan aku yg xtau ape2 sebab-musabab kenapa aku ditolak masuk icu mlm tuh..dan barula aku tau camni rupenye masuk spital..rase nyesal g spital pun ade tyme tuh..huhuh..dlm pada tu, aku agak sukar ntuk bernafas..dada kembali sesak..

xlame tuh ade sorg dr (xigt name die) masuk kuar n ade ckp ngan niswan kot tyme tuh..aku pun xtau.. then, die kate nk tpon ayah aku.. erkk, serius sgt ke aku nih.. niswan ade gak masuk bilik jap,aku prasan je die cam baru lepas nangis.. trus aku tanye knape.. bole die bagi alasan kate die xde tmpat nk tdo malam tuh.. tipu!! Aku tau ade bende yg die tau tapi aku xtau, even die kate xde pape.. tyme tu air mate aku asyik mengalir je.. mule pikir macam2.. dan ntah bile pon aku xpasan aku xsedarkan diri (xtaula tu xsedar ke tdo..huhu)

12 nov’ 08 bersamaan 14 zulkaedah
Aku tersedar pagi tuh dengan rase yg teramat sakit kat tekak.. tyme tu baru pasan aku xleh cakap.. mulut aku da kene sumbat ngan alat pernafasan yg tiub die smpai ke tekak tuh (tataula ape name die) yang penting, aku rase sakit sgt n kering tekak aku.. ntah ble derg pasang bnde tuh dlm mulut pun aku xpasan.. setahu aku b4 aku ‘xsedar’ malam td cam xde je alat tuh n aku still bole cakap.. tyme pagi aku da tesedar tuh, niswan ade kat ctu.. ktorg cube berkomunikasi.. die cakap, aku tulis2 je kat buku.. huu,sadis btol tyme tuh.. niswan bgtau ayah aku will datang Jordan.. ye,aku tau tu sbb cam dengar dr tu ckp ngan ayah part tu kt tpon.. tp bnde2 lain, mmg aku xdengar n xprasan.. n rupenye paklong (Tn Hj Sulaiman-pengarah MSD) ade datang hospital malam tadi..tapi beliau xdbenarkan tgk aku..beliau hy berbincang2 ngan dr,menurut niswan..

niswan byk bg kate semangat, suh ingat Allah byk2, selawat.. die ciap bgtau kalo aku nangis, sedih, takut ke or pape, nnt ade satu mesin tu bunyik.. a’ah, baru aku prasan.. xsangke ade mesin macam tuh..huhu.. dlm aku cube nk tenangkan diri, tbe2 ade nurse dtg masuk bilik.. cuak aku.. mesin tu terus bunyik.. makin dekat nurse tuh makin laju bunyik mesin tuh.. huhu.. tyme tu x ingat nurse tu amik darah ke wat line ntah.. line 2 ntuk masukkan darah,platlet, air,antibiotic dlm badan.. dis means darah arab ada gakla mengalir kat dalam badan aku nih..ye x??hee=).. smoge darah2 tu merupakan darah2 mereka yg beriman dan beramal soleh.. Ameen
Aku ade mintak niswan tanyekan, bile bole tiub pnafasan yg xtau pe name die tuh akan ditanggalkan.. nurse tu kate, nnt tggu dr dtg n tggu punye tggu (lame gakla-besela arab), akhirnye tiub tu pun dikeluarkan dr anak tekak. Huh,lega.. tapi terus pulak diganti dgn alat pernafasan yg len- yg jenis masker tuh.. means aku da bole cakap.. terus aku mintak air kat nurse tp die xkasi n kate kt aku.. skrg mase ntuk bernafas bkn mase ntuk minum air.. frust sgt tyme tuh.. beriye aku xsabar nk bukak tiub tuh sbb igt nk minum air , skali xbole pulak..
Aku stat bole makan n minum petang tuh..alhamdulillah..

Sepanjang hari tu, beberapa sahabat(termasuk k.ifa my housemate) turut datang berziarah..derang ni ciap ponteng kelas lagi..huhuh..pape pun,terima kasih sume!!

13 nov ’08 bersamaan 15 zulkaedah..
Meneruskan kehidupan yg tidak seperti biase.. hanya terlantar di atas katil dan tidak berpeluang untuk bergerak ke mane2.. apetah lagi bhgian blakang badan yg di ‘drill’ tempoh hari meninggalkan kesakitan yg amat.. bukan setakat hanya bergerak ke kiri ke kanan, malah nak baring dgn lurus pun terase sakit. Ditambah lagi dengan seluruh badan aku yang membengkak2.(mayb kesan sebab banyak kali sgt kene cucuk..skit2 amik darah) Semua pun serba xkena dan xselesa.. alat pembantu oksigen jenis masker masih lagi dipaksa pakai oleh dr dan nurse yg bertugas.. rimas juga adakalanya.. dan hari tu turut datang duta Malaysia ke Amman, Dato’ Hasnuddin dan Datin Rusnah bersama pengarah MSD (Malaysian student department kat Jordan nih) , Tuan Haji Sulaiman.. datin siap offer kalo nak ape2 atau teringin nak makan ape2 cakap je.. die bole tolong.. tapi, apekan daye.. sedangkan makanan hospital yg bole-tahan-sedap tu pun xlalu sgt nk makan.. ape yg aku pikir, cume nak kuar dari ICU jek.. aku nak hidup cam biase xnak lagi diselubungi tiub2 mahupun wayar2 yg berselirat menembusi badan..

Petang tu, ayah n mama sampai bersama Ust Fauzi.. ikhwah yang g amik kat airport.. tyme ayah mama smpai taktau nak cakap ape.. gembira pon ye, terharu pun ye.. lepas borak2 beberapa lame, mama ayah mintak diri dlu senja tuh.. malam tu, niswan yg sejak dari awal menemani akan menjaga ku lagi malam itu.. bagi memberi peluang ayah dan mama berehat2 dahulu setelah kepenatan berjalan jauh.. mereka bermalam di rumah ukhti Marwah kat sweileh.. xjauh dari musytashfa islami.. dan hari tu jugak serta hari2 seterusnya, ramai sahabat2 datang untuk berziarah.. terima kasih semua!!

to be continued..

Monday, March 2, 2009

glivec oh glivec~

hari sabtu same dengan 28 februari 09, my parents n i went to hospital ampang..
ade workshop ntuk manusia2 yg bergelar patients of chronic myleod luekemia aka CML yang di bawah progam max foundation..

once max foundation approve, kami semua menerima imatinib aka glivec F.R.E.E of charge..yang menelan sebanyak RM 280 sebijik ntuk 400mg n makan tiap2 ari sebijik..(tapi skrg da naek dos-600mg) even take long tyme waiting 4 da approval mule2 dlu,but skrg alhamdulillah sgt2. foundation nih progam dr USA..(haila nasib badan xpat lari dari memboikot..huh) n xsemua org yang boleh dok dlm prog ni..ade terma n syarat yg msti dipenuhi termasuk hanyela ntuk org2 yg bekerja non-government aka swasta..i am da 82th person in malaysia yg berjaya masuk ke dlm progam nih=)..yg org2 bekerja kerajaan,of course la ditanggung kerajaan ye x??xpela,nak wat camne kerajaan da xsudi nak tanggung kite even kite ni pun rakyat msia yg jugak bayar cukai tiap2 tahun..huhu..lari topik pulak=)

dan sebab ape bole dapat free camtu2 jek padahal harge pasaran sgtla mahal(kalo kat jodan stelah diconvert2 smpai JD100 bersamaan dengan lebih kurang RM500) dat's whyla tyme kene tolak ICU kat jodan mencecah smpai ribuan ringgit..2 hari aje=2 bijik aje dah sribu ringgit..n bape lame lak kat ctu..tapi seb bek dapat discount..huhuh..jawapannye sebab ubat glivec tuh masih lagi dalam experimen yang mgantikan kemoterapi yg biasenye pesakit2 luekimia jenis lain terpaksa hadapi smpai botak2 kepala..tapi actually,ubat nih okey je n membantu cume setakat ni kami2 yg CML nih xleh nak stop dari makan ubat nih..sampai ble kene makan pun xtaula,maybe whole life kot as long as positive response..kalo x, terpakse la buat bonemarrow transplant aka pemindahan sum2 tulang(smoge xsmpai tahap ini..ameen) once xmakan sel2 darah putih akan naik melambung2 balik..sebab ubat ni bukanlah cure but just a controller..

dan oleh kerana ubat ni agak kuat sebab boleh smpai bunuh sel2 yg xmatang dalam badan mestilah ade side effect die kan..
n inilah yg selalu dilalui oleh kami2 yang menelan glivec..

loya-sudah semestinye
muntah-selalu sgt(kat mane2 pun bule mntah hatta kat tepi jln raye kalo da xtahan sgt)
sakit2 sendi-baru2 ni cam beberapa sendi agak sakit even xbgkak maupun lebam
sakit kepala-xwajib sunat agaknyee~huu
pembengkakan-mule2 dlu smpai tangan badan sume cam pepaya daa jadinye

n ade lagi beberapa side effect die tapi xdialami oleh saye=)

emm,ade lagi satu kot tapi ni effect jenis baik punye..
kulit jadik makin cerah sket..mule2 xpasan gak skali ramai lak org yg tego..hu3
n tyme kumpul ramai2 tu pun memang sume major melepak2 muka derg..hee
org yg bagi talk tu pun kate ni mmg effect glivec..dye ciap kate kalo org india daa macam melayu,yg melayu lak da macam cina n yg cina lak macam org puteh..dan sesungguhnya glivec ni lagi berkesan dari SKII,kate beliau..huhuh..watever laa~

tyme g workshop tuh, mmg best la gak sebab macam2 yang kami share..yela,sume yg kat ctu adelah dari golongan yg same..merasai sakit yg same..n sbnarnye jenis kami adalah agak baik kalau nak berbanding dari jenis2 luekemia yg lain(luekemia ade beberapa jenis)..sgt bersyukur~
tapi dlm byk2 pbincangan kat ctu, ade satu yg agak menyentuh hati..nak nanges!!tapi sebenarnya bila kita da redha, sepatutnya kite kenela belajar terima hakikat kan??isk..isk.. da, tukar topic laen..aku budak tabah..lalalalalala~

orait,da taktau nak conteng pe lagi..gambar n article pndek kat bawah ni telah dicilok dari http://www.maxfamily.org/


Max Family again, has successfully organized another workshop for CML patients and caregivers in Hospital Ampang Auditorium. Almost 100 participants came and benefit from this workshop which includes educational sessions from doctors, dietitian and motivational session.
We in Max Family would like to express our thanks and gratitudes to all doctors, nurses, speakers, MAx Family committee and volunteers for the time and efforts spend to make this workshop another success. And of course, to all CML patients and their loving caregivers, without you and your support, none of Max Family events can be realized.
Thanks everyone!! We'll have more workshops and events this year, hope to see all of you again.


ok,till then..
typing off..

---------------------------------------------------------------------
al-huda: cube carik muke bersemangat budak tabah kat line mane..hu3