Wednesday, January 13, 2010
my hero+in
Saturday, January 2, 2010
rentetan.. (??!)
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah,akhirnya saya dikurniakan kerajinan dan keberanian untuk terus mengupdate blog yang xseberapa ini.heh ;p Kali ni x de nak cerita apa2 sgt pun even tajuk nmpak agak mengada2,cuma memenuhi tuntutan sahabat yang ingin tahu perkembangan ;) kalau sebelum ini, saya menyimpan harap untuk tidak menjalani transplant atas sebab ke’lawa’an serta ke’cantik’an progress bacaan darah saya baru2 ini.. namun, mungkin apa yang bakal berlaku adalah yang terbaik buat diri saya.
Now it’s several day b4 admit setelah dipostponed 2 kali sebelum ini. dari november ke disember dan akhirnya ke januari. N now it’s January already..fuu~ dan beberapa hari ini lah saya terus cuba menyediakan hati. Moga terus diberi kekuatan oleh Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik.
Dan selepas beberapa hari ini jugalah bermula pemukiman saya di tgkat 6 menara timur,PPUM selama sebulan. depends keadaan. So,skrg sedang kumpul2 bahan bacaan bekalan di masa2 kelapangan (??!). menurut doctor, saya xdigalakkan untuk diziarahi orang ramai selepas menjalani transplant. Mungkin takut2 dijangkiti infection2 luar memandangkan keadaan saya yang boleh kate ‘zero’ jugak masa tu nnt. Masa awal2 ni mungkin boleh je kot sebab awal2 ni saya hanya akan di’kemo’ bagi mematikan semua sel2 dalam badan. Nak kata ayat kasarnye, saya punye sum2 tulang yang menghasilkan sel2 darah dah rosak, maka matikan sahaja. Dan sum2 saya akan diganti masuk dengan sum2 baru dari adik saya, Asma’ Adilah yang bakal menjangkau 7 tahun pd tahun ini.
Dengan sum2 tulang baru dari asma’, maka system darah dalam badan saya akan mule bertindak membentuk serta membina sel2 baru dalam badan. Inilah waktu yang dikatakan agak kritikal kerana dalam masa yang sama sum2/system2/sel2 baru ini akan menyesuaikan diri dalam badan saya. [ade kes yang bila da masuk sum2 baru,badan patient reject/xleh terima,and it become worse..na’udzubillah] Moga2 badan saya dapat menerima sum2 baru dengan baik lantas melancarkan perkembangan yang efisien dan bergerak seperti biasa. Menurut doctor lagi, baik pulih sepenuhnya biasanya memakan masa 6 bulan ke 1 tahun, bergantung pada keadaan.dan daya motivasi patient itu sendiri,mungkin. Penerimaan sel2 baru dlm badan,perkembangan system baru dan bmcm2 lagi diambil kire. Maka selepas sebulan dijaga rapi di bilik khas di hospital, patient akan dibenarkan pulang dengan terus tetap menjaga kesihatan dengan baik di rumah masing2. Check-up mingguan akan dijalankan untuk melihat progress semasa. Begitulah serba-sedikit kronologi yang akan dihadapi sesiapa yang menjalani transplant.
Harapan saya, agar semuanya dipermudahkan serta berjalan baik. Moga sum2 baru asma’ cepat menyesuaikan diri serta badan saya mudah menerimanya. Dan moga kesihatan saya bertambah dan cepat2 sembuh+baik. Moga2.
Wahai Pemilik nyawaku, andai ini yang terbaik, maka permudahkanlah ya Allah. kurniakan aku kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ketentuan-Mu. Dan ku mohon, kurniakanlah kesembuhan sepenuhnya buatku. Sesungguhnya, Engkaulah sebaik-baik penyembuh..
Friends, do pray 4 me~ moga ade rezki ntuk bertemu lagi. Owh,mmg xtahu knape mode2 skrg ini merindui sahabat2..[cluding all of ex-school- sri abim,smka pedas,kisas] dat’s why saje suke2 mengimbau kenangan2 dulu at my buku muka surat.heh ;p nnt kte buat reunion kumpul balik ramai2 eyh! ;)
owh lagi satu, saja2 mahu bagitahu, SAYA SAYANG MAINS~ sebab mains atau nama panjangnya majlis agama islam n9 adalah penaja/pembantu saya sepanjang/selagi saya masih memakai gelaran sbg mahasiswi timur tengah. Dan mains juga telah memulakan skim insurans ke atas kami sebagai perlindungan semasa kami di Jordan,atau ngra2 lainnya yang scra xlangsung menyebabkan saya ada hak insurans yg boleh dituntut. Selain itu, mains juga menanggung semua pembiayaan saya semasa saya ditempatkan di unit rawatan rapi musytashfa islami, Amman Jordan awal2 didiagnosis mula2 dahulu yang mencecah tambah tolak RM 30,000 (setelah diconvert dari Jordan dinar) Baik kan mains kami?? Saya sayang mains~ dan harapnya tiada sebarang spekulasi terhadap mains dari sudut kebajikannya terhdp pelajar2 di bawah naungannya. peace! (^___^) v
p/s- baru pasan entri kali ini SAYA agak sopan.hehe ;p owh dan hepy besday -18- to my bro, amad!may been blessed all d'tyme :)
oraito, till then..
penconteng crayon: counting days.. preparing mental & spiritual..may Allah ease~