Friday, November 11, 2011

11/11/08 - 11/11/11

bismillah..

sedang kesan2 biopsi yang menembus dada serta tebukan2 pengambilan sum2 tulang dan pemasukan wayar hingga ke jantung masih berbekas apatah lagi kisah 3 tahun lalu pasti saja masih segar di ingatan.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah thumma alhamdulillah..

Dia yang memberi, Dia jua yang menyembuhkan..

seperti baru sekejap ditolak masuk ke ICU di musytashfa islami, Amman, diselubungi wayar2 dan drip2 darah dan segala ubat2, seminggu di sana, pulang ke malaysia menaiki flight qatar bussines class, disambut ambulans di KLIA kemudian tambah seminggu lagi duduk di wad 6TD PPUM sebelum menangguhkan pengajian 2 semester, dan setahun lagi tidak lama selepas itu bagi menjalani pemindahan sum2 tulang. sedar2 dah kembali ke bumi irbid semula bagi menghabiskan pengajian.

11/11/2008 - jika aku dilihat lemah xbermaya dulu, kini
11/11/2011 - aku berani kata lebih 90% aku sihat sepenuhnya,

alhamdulillah..

terasa 3 tahun berlalu singkat namun padat dengan cerita2 kehidupan. petanda Allah Maha Pengasih. Dia yang memberi, Dia jualah yang menyembuhkan. Sungguh, Dia-lah sebaik2 penyembuh. Terima kasih Allah, terima kasih Allah. terus jadikan aku hamba yang bersyukur selamanya, Tuhan ~

Di kesempatan ini, benar benar mahu mengungkap terima kasih yang tidak terhingga
buat ayah mama yang tentunya banyak berkorban,
si kecil yang x terbalas pengorbanannya,
adik beradik serta saudara mara,
teman2 rapat, ikhwah akhawat dan sahabat2 yang jauh dan dekat.

terima kasih atas segalanya,
atas semangat dan sokongan,
huluran2 tangan dan sumbangan,
usaha2 membantu meringankan dan memudahkan,
doa2 yang terang dan tersembunyi
terima kasih semuanya.

Moga Allah mengganjarkan dengan sebaik2 ganjaran.

ya Allah, aku bersyukur dengan segala nikmatMu,
nikmat kesembuhan, nikmat ukhuwah, tadharru' serta banyak lagi yang xmampu terungkap,
mohon terus kurniakan aku kesembuhan sepenuhnya Tuhan.
dan hanya pada-Mu aku serahkan segalanya.

**********

mereka yang terlalu-banyak-berkorban T_T

info ;
11/11/2008 merupakan tarikh aku dimasukkan ke icu dan di-dignosed CML dan bermulalah kehidupan sebagai CML survivor dan BMT survivor xlama selepas itu.

**masih teringat juga saat ayah cuba menerangkan dengan tabah apa yang aku alami tika itu. selepas seminggu di-dignosed baru tahu apa yang berlaku. masih teringat bagaimana jiwa dan hati cuba menahan perasaan tika itu. masih ingat peluk nangis bersama mama, menerima dengan redha segala ketentuan. (T_T) Allah..

pasti akan ku ingat kemas2 segala cerita ini sampai bila-bila. 
agar dapat terus menghargai nikmat nafas2 kehidupan yang berbaki.
doakan aku kuat, sahabat!~

psssttt.. bakal menghadapi imtihan yang berderet, (T_T) mohon doakan!