Wednesday, February 3, 2010

from da 'silent' room

bismillahirrahmanirrahhim..
walhamdulillahrirabbil a3lamin..

sedar x sedar,masuk sebulan sudah aku di bilik yang agak sepi ini.penjara tembok yang menghalang serta menyekatku dari hubungan dunia luar.tp teknologi tetap ada bg menghilangkan kebuntuan duduk berseorangan di sini.

aku punya televisyen ntuk ditonton, aku punya laptop dan broadband untuk di layari, aku punya buku2 ntuk dibaca saban hari. tapi..adakalanya aku bosan untuk melihat dan menonton, aku tidak tahu apa lagi yang mahu dibuat dgn internet, aku tidak punya rasa untuk membaca.. maka, terus bertambah sepi lah bilik ini.

2-3 minggu pertamanya, aku xdapat pun melihat cahaya matahari.siang atau malam tidak aku sedari melainkan melihat jam di layar telefon. hujan pun aku agak2 saja dari dalam bila mana sejuk extra menyelubungi malam hari. mujurlah satu hari itu,ayah meminta dari pihak pengurusan bmt ward ntuk menukar bilikku.mungkin dia dapat memahami apa yang ku rasa kan. dan alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku lihat siang malam walau tgkap kecil di bhgn atas menjadi pembahaginya.

di sini,aku juga punya nurse2 yang baik, yang menjaga ku tiap masa dan waktu.. kerna mereka bukan ditugaskan ntuk aku semata,punya banyak lagi kerja2 mulia yang perlu diuruskan. so far,hubungan dgn nurse,alhmdulillah baik2 aja.jgn risau, aku juga patient yang baik di sini, tidak nakal2 dan xmahu menyusahkan orang-orang lain.

dan bila ku fikir-fikir tatkala menyelubung menahan kesakitan, kadang-kadang aku lupa.. sebenarnya aku tidaklah sesepi mana. sebab apa??kerana aku ada Dia. rintihan dan pengharapan ku saban masa menahan panasnya magnesium,peritnya sidefek kemo,dan ke-xterlaratan-ku.. Dia tetap ada. HE always there. mengingatiNya serta membaca ayat-ayatNya membuatkan hati ku sejuk,tenang dan tenteram. THANK YOU Allah!! Kau benar2 tahu apa yang ada dalam setiap hati-hati hambaNya.

adakalanya tipulah kalau aku kata aku xpernah down,menangis2 duduk dalam bilik sepi ini. namun ku tahu, sabarlah yang perlu ku hadapi.ya,mama juga pernah mengingatkan.. 'angah da setengah jalan dah ni,just kena sabar je sket lagi.' ya, insyaAllah. thanx mama yang xjemu2 dtg menjengukku. sabar,sabar,sabar..yosh~!!

rentetan mggu pertama di sini, aku biasa-biasa aja.masuk mggu ke-dua iaitu mnggu pemindahan sum-sum tulang itu aku masih lg steady,alhamdulillah..asma' kecik pun baik-baik aja..terima kasih tuhan.masuk mggu ke-3,aku mula jadi xkeruan,mula down skit2.mungkin kerana masa inilah yang betul-betul menguji.dan minggu seterusnya,adalah masa untuk terus tabah dan lebih cekal. yaa,sabar~

dan kini setelah sebulan aku di sini,alhamdulillah doktor mula memberitakan khabar2 gembira.so far, wbc aku sudah naik sdikit dan akan naik sdikit demi sdikit soon.alahmdulillah.thanks Allah! dan mungkin juga beberapa hari lagi aku akan dibenarkan pulang ke rumah,who knows.. dan itulah yang paling aku xsabar ntuk dengari sejak aku mula terpisah dengan dunia luar ini. aku rindukan kebebasan hidup di luar sana,yang tidak terikat dgn wayar2 dan tiub2 yang menyelubungi tubuh,tanpa pintu dan tgkap kecil yang memisahkan aku dengan manusia luar even nak peluk-cium family sendiri pun xdapat,dan tanpa semua2nya ini.owh,rindunya kehidupan seperti biasa itu.just lepas ni mmg kena lebih berjaga-jaga,dah mula ada pantang larang..but,it's ok insyaAllah i'll try.

benarlah..kadang2 Allah bukan xmahu beri apa yang kita rasa baik ntuk kita.tapi Dia suruh kita bersabar dengan apa yang diujiNya.dan Dia akan memberikan apa yang lebih terbaik ntuk kita.moga ketabahan dan kesabaran ini terus menjadi tunjang buat aku ntuk menghabiskan sisa-sisa hidup di sini,dan buat mereka2 yang berjuang. just do it,let He make a rest.

wahai pemilik nyawaku,andai ini kafarah dosa buatku,maka ampunkanlah dosa-dosaku..andai ini ujian ntukku,maka ku pohon tingkatkanlah keimanan dan ketaqwaanku padaMu.sungguh aku lemah tanpaMu, perkuatkanlah aku ya Allah~

spirit0: terima kasih buat mereka yang tak jemu2 menghubungiku bertanya khabar,menziarahiku di sini walau tanpa salaman,(dan maaf bg yang smsa ziarah aku kurg keterlaratan ntuk melayan dgn baik.maaf sgt2 T_T) dan mereka yang xlupa untuk terus mendoakanku di sini.jazakallahu khair.. sekurang-kurangnya, hatiku xsesepi bilik ini,insyaAllah (",)~~ terus2 do pray 4 me guys :) may Allah bless~

still here,
bmt room-ward 6td-ppum

4 comments:

Ibuhani said...

salam nabilah,

alhamdulillah......syukur kehadrat ilahi....tawakal n be +ve.....insyallah, semua akan back to normal. Take gd care of yourself. Nabilah budak tabah! :)

melatidaisy said...

salam bella..

alhamdulillah..
gembira dengar perkhabaran dari mu:)
terus tabah ye..bilah sentiasa doakan bella:)

insyaAllah ada masa jumpe lg *_*
sayang kamu :)

cik may said...

salam..si kecik!! ^___^
bergembiralah..sesungguhnya pada saat ini allah sedang berbicara dgn kamu ;)

gog0!!

bella kuat..yeah!

nur faiz solehan said...

salam ziarah kak bela...... :)
stand by me...... fighting!!!!!!!!!!!!!!! :)