Friday, January 13, 2012

warkah buat ayah

bismillah..

ingat lagi, kalau dulu kami adik beradik paling takut dengan ayah. sebab ayah garang. buat salah sikit mesti kena rotan. tu cara ayah didik kami dulu. tapi memang dapat pengajaran. lepas tu dah tak berani nak nakal2 n xdengar cakap lagi. sebab dah rasa pedihnya tangan kalau kena rotan. apa taknya, belum kena rotan lagi dah nangis2 sambil terpaksa relakan tadah tangan untuk dirotan ayah. ada banyak rotan dekat rumah. kadang tu, ayah siap tanye, nak yang mane? ade yg panjang n tebal. ade yang pendek n nipis. tapi bila kena tu, fuh berair mata. setiap kali kalau kami mula bertekak n bergaduh adik beradik, mula lah ayah tanya, eh rotan mane ye rotan? terus semua senyap. xberani nak teruskan persengketaan. alah, benda kecik je pun. setakat gaduh2 nak tengok tv berapa n amad amik gula2 yang angah sorok dalam peti ais pun boleh bawak gaduh besar. huhu, xmatang sungguh kecik2 dulu. semua benda nak berkira.

dulu kalau nak keluar rumah pun, ayah susah sangat nak bagi izin. kawan2 lain selalu ajak keluar. pegi library pun susah apatah lagi terminal atau rayau mana2. konfem ayah xbagi pegi. selalu pertikaikan ayah orang lain boleh bagi anak dia keluar dengan kawan2 kenapa kitorang xboleh. kecik2 dah pandai cakap macam2. mintak maaf ayah T_T

paling xboleh lupa, pernah tu ada budak lelaki telefon rumah, nak cakap dengan nabilah. kebetulan ayah yang angkat. memang terus kena marah la budak tu. ni kenapa telefon budak perempuan ni? dia xde, dekat luar.  balik sekolah, kawan2 cakap.. uiii garangnye ayah kau. takut aku nak tipon. terus xde yang berani telefon rumah lagi lepas tu. pernah jugak ayah terjumpa surat kakak masa kemas2 bilik belajar. terus kakak kena panggil dengan ayah. puas jugak kakak nak cover2. takut sangat kena marah dengan ayah.

macam tu la ayah jaga kami adik beradik dari kecik. dulu2 semua rasa itu xboleh ini xboleh. semua benda xboleh. banyak betul xpuas hati. bila dah besar ni, baru faham kenapa ayah buat macam tu dekat kitorang semua. ayah nak bina akhlak n pelihara kami dari kecik lagi. sangat hargai didikan ayah selama ni. dan alhamdulillah, akhirnya sampai besar kami terdidik dengan benda2 baik. takut nak buat benda2 yang xelok.



bagi angah, ayah seorang yang hebat. walaupun ayah orang biasa-biasa dari kampung, tp pengalaman2 tu lah yang menjadikan ayah orang yang hebat. walaupun ayah takat spm je dulu, tapi kesungguhan ayah sangat tinggi. ayah sambung pengajian walaupun dah umur 40 lebih. masa kitorang pegi konvo ayah n mama 2 tahun lepas, ada pakcik yang datang tengok anak dia kat kerusi sebelah tanya, siapa yang konvo ni? dengan bangga kami cakap tengok ayah n mama. kagum pakcik tu. jarang anak2 dapat tengok konvo mak ayah sendiri. ape pun angah tetap bangga dengan ayah.

bersyukur Allah anugerahkan angah seorang ayah macam ayah. dulu masa angah dekat ICU, selalu tertanya mana ayah. ayah selalu datang kejap2 pastu keluar. ingatkan nak jumpa doktor atau sesiapa. rupanya, ayah xsanggup nak tengok angah dalam keadaan macam tu. bila ayah masuk bilik je, mata ayah mula merah. tu sebab ayah cepat2 keluar. masa ayah nak terang angah sakit apa pun, nampak berat ayah nak luahkan. ayah bgtau angah dengan cukup tabah. ada pernah masa balik satu talk n dari jumpe doktor dekat hospital, angah terkesan dengan apa yang doktor cakap. dalam kereta, angah tanya soalan tu dekat ayah. ayah senyap je. tengok2 mata ayah merah. rupanya ayah dah lama fikir apa yang angah fikir masa tu. ayah dah menjiwai semua tu, macam apa yang angah rasa masa tu. ayah dah lama terfikir semua tu untuk anak perempuan dia.

walaupun ayah banyak kerja n banyak benda kena setelkan, ayah tetap xkisah untuk teman angah pegi follow up dekat hospital. ada satu masa tu sampai 2 kali setiap seminggu kena ulang alik pegi kl. tapi ayah xkisah semua tu. yang penting angah ok. masa angah duduk hospital, ayah dgn mama selalu datang bg kekuatan untuk terus bertahan. bila angah duduk rumah, ayah selalu telefon tanya dah makan ubat belum, ada pening2 muntah2 x, pesan jangan buat kerja berat2, minum air banyak2. tiap hari ayah ambil berat. ayah xboleh tengok kalau angah sakit. mesti ayah cepat2 bertindak, ajak pegi hospital, bawak balik ubat n so on.

banyak sangat pengorbanan ayah dekat angah. terima kasih ayah. terima kasih Allah, kerana menganugerahkan dia untuk aku. ku mohon peliharalah dia di mana sahaja. panjangkan umurnya dan berilah kesihatan yang baik padanya. tetapkan lah dia dalam kekuatan iman kepadaMu. jadikan Dia seorang yang terus hebat dalam dakwah tarbiyah demiMu yaAllah. Rahmatilah dia dan redhailah dia. dan.. izinkan dan berikan aku kesempatan untuk berbakti serta membalas jasa-jasanya yaAllah..

ape pon, angah nak mintak maaf jugak. kalau2 selama ni angah banyak salah silap dengan ayah, degil xdengar cakap ayah, banyak merisaukan hati ayah n banyak susahkan ayah. angah mintak maaf banyak2. ayah maafkan angah, ye?

dan untuk akhirnya..

Selamat Hari Lahir Ayah
angah sayang ayah sangat2 <3
May Allah bless u all da time..
n grant u the best for the rest of life~

loving, caring, cool n bestest dad :)

with lots of lovesss,
angah yang di kejauhan,
irbid, jordan
13 januari 2012

1 comment:

Ibuhani said...

Salam ulangtahun jugak utk ayah dia, Mr. Zaim.........smoga diberkati Allah SWT dunia akhirat. Nabilah jugak, do take care!