Tuesday, December 14, 2010

141-1412

sebelas bulan dulu..

bising. orang mula ramai di luar bilik depan. aku mengintai2 dari cermin pintu bilik. mahu tahu apa yang berlaku. namun gagal mengesan. kebetulan,jururawat masuk menukar ganti botol ubat kosong kepada botol ubat baru. lantas soalan diajukan. rupanya, makcik bilik hadapan sedang bertarung nyawa, berusaha mengucap kalimah keesaan Tuhan. Allahuakbar. bergetar jiwa tika itu. selepas 2-3 hari, aku intai lagi dari cermin petak empat segi tepat di pintu bilik. melarikan anak mata pada bilik depan. kosong. makcik bilik hadapan telah dipanggil menemui Tuhan.

sebulan setengah terperap dalam bilik tanpa tingkap dan tanpa hubungan luar itu, aku dibenar keluar. syukur. masuk pula kakak yang menunggu giliran seterusnya untuk menjalani operasi yang sama seperti aku, dan makcik itu. ternyata selepas beberapa hari, bilik yang pernah aku dan dia huni itu, kembali kosong. Tuhan telah menetapkan ajalnya sehingga hari itu sahaja. Allahuakbar. bertambah getar di dada.

dan..

di saat 'jiran' hadapan diseru Tuhan
di saat 'kakak bilik selepas'  pergi dulu
aku masih diberi peluang untuk terus hidup
menghirup udara segar
bernafas dalam nikmat iman dan islam
hingga ke saat ini
dan malah diberi kesempatan menyambung perjuangan risalah & ijazah
di bumi anbiya' penuh barakah

..dan kenapa tidak untuk aku jadi hamba yang bersyukur?

terima kasih Tuhan atas nikmat dan anugerah-Mu
istiqomahkan aku di jalan ketaatan terhadap-Mu
hanya pada-Mu kumohon kekuatan

kau takkan kecewa bila kau percaya Dia!~

alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah..

terima kasih Allah, kerna menghidupkan aku sehingga ke saat ini
dan terima kasih semua, yang setia mendoakan hingga aku bisa kuat dan tabah seperti hari ini
moga Dia ganjarkan kalian kebaikan yang berpanjangan, inshaAllah!

penconteng.crayOn: mama kata masa nak lahirkan angah paling sakit, jadi hari ni hari penghargaan untuk mengenang pengorbanan mama 22 tahun lalu.terima kasih mama! angah sayang mama n ayah sangat2!~ juga selamat ulangtahun 11 bulan buat sumsum asma' yang bersatu dalam badan angah~ terima kasih asma'! hari ni pun hari penghargaan untuk mengenang pengorbanan asma'. angah sayang asma' sangat2!~

2 comments:

Melatidaisy said...

salam alaik bella,

alhamdulillah3 :)

10.01.10, kitorg ramai2 serbu bella.. even x dapat salam namun tetap syukur n happy dapat jenguk kamu..juga dapat jumpa sahabat2 yg dah lama x ketemu.. semoga bella sentiasa dalam rahmat Nya ^_^

take care dear :)

penconteng.crayOn said...

terima kasih bilah!~

sangat bersyukur punya sahabat2 seperti kamu dan lain2 nya. moga bilah sentiasa dalam rahmat-Nya juga! ^_^

i will :)