dan hari ini, aku akan terus di sini merayakan Adha di sini setelah dua tahun beraya di tanah air tercinta. bukan kerna aku jenis manja-tiap-kali-cuti-balik-msia, jauh sekali tapi kerna Dia jua yang menetapkannya. dah lama xrasa raya dekat jordan sebenarnya, kali ni baru nak feel balik btul2 sbg anak perantauan. heh,cam ape je =.=
btw,cakap pasal ADHA, ada apa dengan Adha? adha = korban = pengorbanan? sejauh mana pula semangat tadhiyyah meresap dalam jiwa kita? apa pula yang kita dah pernah korbankan demi kebaikan manusia lain? atau demi sahabat? agama? atau pengorbanan sebagai hamba kepada Dia? pernahkah?
dan tidak lain pasti aku teringat 'dia' bila sebut tentang pengorbanan..owh miss her lots T__T
dan sungguh,ini betul2 bukti kekuasaan Dia. subhanallah..sangat cantik susunan dan aturan Allah. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..
saat 7 tahun lalu, kami xpernah menduga kehadiran dia sama sekali. bagi kami, hanya 3 orang beradik sudah memadai dengan pertambahan umur yang semakin meningkat. dan siapa sangka, setelah 12 tahun berlalu kami bakal menerima seorang lagi 'warga' baru. alhamdulillah, sangat teruja dengan kehadiran dia yang tidak disangka-sangka itu. tapi tiada apa yang mustahil di sisi Allah,kan? Allah beri kami seorang buah hati,penghibur jiwa kami semua. anugerah Allah yang sangat bermakna dan berharga aku kira.
tapi mungkin sbb duk asrama n xselalu balik maka aku dan dia biasa2 sahaja. dia lebih rapat dengan abangnya yang jauh 12 tahun lebih tua itu. tapi sayang terhadap dia tak pernah berkurang malah bercambah2.dia benar2 permata hati kami sekeluarga. dan seawal usianya 3 tahun, aku pergi meninggalkan dia dan keluarga demi meneruskan cita di bumi penuh barakah ini. bertambah2 rindu yang hanya mampu ditahan dalam2.
dan..selepas 2 tahun lebih, siapa sangka di bumi urdun ini terlipat sebuah suratan yang menggetarkan hati semua yang mendengar kala itu. angah untuk seorang dia diuji nikmat sihatnya, terlantar lemah xberdaya di bilik rawatan rapi dengan tubuh penuh serabut dgn wayar di sana sini. Allahu Allah.. pasti ada hikmahnya. angah buat seorang dia terpaksa pulang meneruskan rawatan di tanah air.
time running away dan setelah segala usaha diikhtiar selepas hampir setahun, jalan terakhir dan terbaik adalah pemindahan sum2 tulang yang membawa kepada pencarian penderma sum2 yang paling sesuai. ujian darah mula dijalankan sesama adik beradik.berdebar juga menanti natijahnya. dan ternyata sekali lagi, siapa sangka dia adalah satu2nya insan terpilih itu. Allahuakbar,menitis air mata dikala mengetahuinya saat itu.
satu2 prosedur dijalankan terhadap aku dan dia. xsanggup rasanya melihat walau hanya sedikit darah diambil dari tubuh kecil itu. sebak hati ini tiap kali jarum masuk ke urat tangannya itu. dan hampir setiap kali dia menangis menahan kesakitan.. dan pernah sekali dia berkata baik2 padaku..
"angah,boleh x kalau asma' xpayah bagi sum2 dekat angah.."
Allahu Allah,tabahkan hatinya dan hatiku Tuhan T__T jauh di sudut hati, aku juga tidak sanggup untuk melihat semua kesakitan2 yang terpaksa ditanggung dia demi aku. aku juga xmahu sayang,kalaulah boleh begitu.. T__T
dan bila waktunya hampir tiba, alhamdulillah Allah mudahkan segala urusan. dia juga agak positif walau kadang2 agak takut kurasa. cuma.. oleh kerana dia masih kanak2, bius penuh terpaksa diberikan kpd dia, bagi memudahkan kelancaran penebukan serta pengambilan sum2 tulang dari belakang tubuhnya. kala itu, dia mengalami selsema. doktor menyatakan kebimbangan bila dia disuntik bius di kala hidungnya tersekat itu agak berisiko. takut2 mengalami kesukaran bernafas di saat dia sepatutnya kembali sedar. Allahuakbar.. hanya tawakal yang menjadi iringan buat dia di saat katilnya di tolak masuk ke bilik OT. dan alhamdulillah, sum2 dia selamat bersatu dalam tubuhku dikala dia masih tidak sedarkan diri.
riang ria sehari sebelum transplant
ceria di pagi hari transplant
mula terasa cuak,mungkin
hampir setengah hari, dia kembali 'sedar'. tangisan demi tangisan menyayukan hati semua. hampir sehari dia muntah2 dan pucat gara2 kesan bius yang masih bersisa. tubuhnya lemah xbermaya sehingga perlu diberikan suppliment tambahan. menjelang esoknya baru dia pulih dan kembali ceria. alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. syukur hanya sebentar dia menderita, dan syukur dia selamat. hanya lafaz syukur dan terima kasih pd Tuhan melazimi bibir bila mendengar tentang pulihnya dia dan dibenarkan keluar dari hospital keesokan harinya.
slps transplant.. may Allah bless u sis~
melawat angahnya di menara sebelah
dan tinggallah aku keseorangan di hospital bg meneruskan rawatan. menanti respon positif dari sum2 yang baru bersatu itu. adakalanya dia dtg menziarahi dan menghubungi bertanyakan khabarku.dan hinggalah aku pulang ke rumah sebulan setengah kemudian, dia terus2 mengambil berat ttgku. mulia sungguh hatimu adik.
dan.. tiada apa yang mampu angah ungkap melainkan syukur atas pengorbanan asma'.terima kasih asma'. mahal sungguh pengorbananmu yang satu ini, sayang. demi angah, asma' terpaksa melalui pelbagai keperitan di usia yang masih kecil. tapi ketahuilah dik, atas kesakitan asma' yang dulu itulah angah kembali pulih seperti sediakala, berbekalkan ketabahan asma' itulah angah juga bisa kuat dan tabah seperti hari ini dan siapa sangka akhirnya angah kembali menjejaki bumi yang menyimpan segala cerita ini.
Terima kasih sayang, atas pengorbanan yang mahal dan sangat berharga ini. dan terima kasih Tuhan kerana menganugerahkan dia buat aku. ku mohon, Kau berilah kekuatan kepadanya untuk meneruskan kehidupan di bumi milikMu. hanya Kau yang mampu mengganjarkan kebaikan yang berpanjangan buat dia.
my heroin.. Asma' Adilah Zaim
satu yang inginku kau tahu.. Angah sayang Asma', sangat2~ moga penyatuan darah dan sum2 ini membawa penyatuan kita di syurga sana,inshaAllah. may Allah bless~
pstt.. tersangat rindu pd budak kecik T__T
penconteng.crayon: ini kisah dia yang telah menunjukkan bukti pengorbanannya yang cukup tulus dan mahal.bagaimana dengan kita? mari lakukan pengorbanan demi Tuhan. lestarikan mujahadah, interpretasikan syahadah.. perjuangan yang memerlukan pengorbanan itu adakalanya pahit kerna syurga itu manis! Salam Aildil Adha 1431H~
1 comment:
nak nangis raseee T___T. kuat bell. terima kasih asma'.
Post a Comment