Monday, September 26, 2011

imbas

Ayah : Asma' kena makan banyak2, nanti nak tolong angah..
Asma' : Kan Asma' dah bagi sum2 kat angah hari tu, org lain pulak lah.
Ayah : Asma' je yang boleh tolong angah. org lain xsama DNA dgn angah. ayah, mama, kakak, abang semua xdpt tolong angah. Asma' je. Asma' kan strong..
Asma' : Asma' sakitlah.. dekat sini, sini, sini. (sambil tunjuk bhgian2 yang pernah dicucuk untuk ambil darah). Doktor tu buat sakit. (T_T)
Ayah : Habis tu, siapa yang nak tolong angah?
Asma' : Hmmm, Asma' nak tolong angah tapi nntlah Asma' fikir dlu..

******************

Perbualan yang diceritakan semula oleh ayah T_T Huu, baru tahu, rupa2nya masa buat transplant setahun 8 bulan dulu, doktor xambil penuh pun kadar sum2 asma' yang sepatutnya diambil untuk masuk ke badan aku. kerana bimbangkan keadaan dia yg sgt kecil tubuhnya tika itu. takut2 memberi efect lain pula kpd dirinya. Allahu akbar.. apa pun, Alhamdulillah dia baik2 sahaja selepas transplant dlu. cuma..

disebabkan kurangnya sum2 Asma' yang masuk ke dalam badanku, menjadikan sisa2 peratus luekemia tersebut masih lagi berbaki kini. siapa sangka walau peratus sebelum2 ini menunjukkan prestasi yang baik (0.00% pada jun dan december tahun lepas), tiba2 Allah uji pada ujian yg seterusnya iaitu pd jun'11. ujian BCR-ABL ke-4 menunjukkan darahku masih punya sisa2 kromosom philadelphia tersebut. bergetar seluruh jiwa tika itu.

kepulangan 3 minggu lebih ke bumi khatulistiwa baru ini dimanfaatkan dgn mengambil sekali lagi ujian BCR-ABL ke-5. kata doktor, ujian kali ni bakal menentukan sama ada perlunya aku menjalankan pemindahan sum2 tulang itu buat kedua kalinya atau pun tidak. pemindahan kali ni adalah untuk menambah kadar sum2 Asma' yang tidak cukup hari tu agar terus kuat dalam darah bg melawan sisa2 luekemia yg masih ada. hanya Allah yang tahu betapa debarnya hati menanti natijah yang bakal diperolehi.

sebelum pulang semula ke bumi perjuangan, pusat perubatan itu kukunjungi lagi dengan penuh perasaan. syukur tanpa henti bila doktor mengkhabarkan peratus luekemia telah kembali negatif. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. segala syukur buat Dia yang mendengar doa hamba2Nya.

my little deary heroin, Asma' Adilah <3


Apa yang penting skrg, ujian BCR-ABL tersebut masih perlu diteruskan 3 bulan sekali bagi memastikan keistiqomahan darah. smoga Allah terus menyembuhkan serta kurniakan yang terbaik dan smoga aku rajin2 jumpa doktor di sini. Ameen. Mohon doakan agar peratus sentiasa istiqomah di paras negatif juga ya semua! :)

nota 1- Maaf buat mereka2 yang xtercontac, xsempat jumpa n lain2 masa balik msia baru ni. masa agak singkat dan punya tanggungjawab melebihi masa yang ada. maaf banyak2 T_T nnt balik lepas ni (bfg inshaAllah) kte jumpe2 yep! Rabbuna yastajib, inshaAllah~

nota 2- Alhamdulillah, dah masuk minggu ke-2 semester bermula :) tanda aku sudah melangkah ke tahun akhir. sekali lagi, tahun akhir! huuu, menggigil bila fikirkan.. perlu lebih laju dan rajin berusaha. smoga Allah kurniakan kejayaan hakiki, ameen! sila mendoakan yep^^

nota 3- Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, another gud news last nite :) terima kasih Allah. terima kasih yang mendoakan. moga Allah kurniakan kesembuhan sepenuhnya buat aku. Ameen.

1 comment:

Ibuhani said...

Pls do inform us about the date nanti ye........lama x jumpa nabila n family......do take care. Smoga semuanya akan berjln dgn baik....insyaallah!