Sunday, March 15, 2009

n again..


kami pernah dididik agar tidak menjadi manja..selagi termampu,lakukan saja 'kerja2' yang sememangnya harus diutama..walaupun ditimpa sedikit ujian kesakitan ringan,ber'gerak' itu satu keperluan..

berpegang prinsip itu,jiwa meronta mengingkari,hati berkeras mahu pertahan..
dan akhirnya sekembali dari 'perjuangan', diri terus tersungkur lemah. kedegilan tadi terus dijadikan isu asbab musabab tersungkurnya sekujur tubuh. walau badan terasa kuat,namun hakikat harus diterima.

2 hari 2 malam terlantar sekali lagi di sebuah pusat rawatan terus jadi pengajaran. jikalau dulu,seorang aku boleh bergerak ke sana ke mari bebas sesuka hati, namun sekarang segalanya berubah. kerana aku bukan aku yang dulu.. ada batas yang perlu dipatuhi, ada hati yang perlu dijaga. adakah aku semakin manja??

tiket penerbangan ntuk pulang semula ke bumi ijazahku baru sahaja dipastikan namun boleh saja dibatalkan bila-bila.selagi wang belum bertukar tangan, selagi itu keputusan boleh diubah-ubah.. gerunnya pabila memikirkan.

dan ujian yang datang kali ini membuatkan akal berfikir semula,hati mula mencongak, jiwa kembali berkira-kira..betulkah keputusan yang aku ambil?? sejauh manakah keyakinan aku?? aku jadi makin takut..takut2 jikalau aku terpaksa menyusahkan buat sekelian kalinya orang-orang yang aku sayang..orang-orang yang sememangnya sudah banyak berkorban..sanggupkah aku??

dan selama perkampungan di wad,ahli2 keluarga turut menemani..ayah,mama n asma'..kakak dan amad ade program masing2 keesokannye..kakak dengan program pembinanya dan amad pula dengan progam krimnya..dan sebetulnya aku sepatutnya menyertai salah satu progam tersebut kerana menjadi urusetia..namun,hajat hati untuk bertemu adik2 yang masih di alam persekolahan terpaksa dikuburkan begitu sahaja. mungkin rezekiku bukan pada waktu ini..

dan sememangnya aku perlu belajar menerima hakikat..mungkinkah aku terpaksa bermanja selepas ini??dengan ketiadaan antibodi pembina ketahanan dalam badan menyebabkan aku mudah diserang virus2 atau bakteria2 yang sentiasa ada di mana2..malah sukar pula dinyahkan pabila sudah terkena..yang lantas akan menjadikan aku lemah walaupun aku rasa aku masih kuat.mampukah aku meneruskan langkahan kaki??tegarkah jiwaku??

selepas semua ini berlaku,ayah sudah mula memutus kata dua..sekarang pilihan terletak pada diri..biarlah masa dan keadaan yang menentukan..petunjuk harus dipohon.semoga jalan2 kehidupan yang bakal dilalui adalah yang terbaik buat diri..may Allah bless~

--------------------------------------------------------------------------------------------
al-huda: semoga semua dipermudahkan..sgt2 menghargai mereka2 yang banyak berkorban..semoga Allah mengganjar balasan baik buat semua

2 comments:

ahl mujahideen wa syuhadaa' said...

salam huda, ni kak marwah. moga tabah hati, kuatkan semangat. teruskan perjuangan k!

penconteng.crayOn said...

wsalam..
jazakillah kak..
dan jazakillah jugak tumpangkan rumah ntuk makayah hari tu..-_^