Friday, November 11, 2011

11/11/08 - 11/11/11

bismillah..

sedang kesan2 biopsi yang menembus dada serta tebukan2 pengambilan sum2 tulang dan pemasukan wayar hingga ke jantung masih berbekas apatah lagi kisah 3 tahun lalu pasti saja masih segar di ingatan.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah thumma alhamdulillah..

Dia yang memberi, Dia jua yang menyembuhkan..

seperti baru sekejap ditolak masuk ke ICU di musytashfa islami, Amman, diselubungi wayar2 dan drip2 darah dan segala ubat2, seminggu di sana, pulang ke malaysia menaiki flight qatar bussines class, disambut ambulans di KLIA kemudian tambah seminggu lagi duduk di wad 6TD PPUM sebelum menangguhkan pengajian 2 semester, dan setahun lagi tidak lama selepas itu bagi menjalani pemindahan sum2 tulang. sedar2 dah kembali ke bumi irbid semula bagi menghabiskan pengajian.

11/11/2008 - jika aku dilihat lemah xbermaya dulu, kini
11/11/2011 - aku berani kata lebih 90% aku sihat sepenuhnya,

alhamdulillah..

terasa 3 tahun berlalu singkat namun padat dengan cerita2 kehidupan. petanda Allah Maha Pengasih. Dia yang memberi, Dia jualah yang menyembuhkan. Sungguh, Dia-lah sebaik2 penyembuh. Terima kasih Allah, terima kasih Allah. terus jadikan aku hamba yang bersyukur selamanya, Tuhan ~

Di kesempatan ini, benar benar mahu mengungkap terima kasih yang tidak terhingga
buat ayah mama yang tentunya banyak berkorban,
si kecil yang x terbalas pengorbanannya,
adik beradik serta saudara mara,
teman2 rapat, ikhwah akhawat dan sahabat2 yang jauh dan dekat.

terima kasih atas segalanya,
atas semangat dan sokongan,
huluran2 tangan dan sumbangan,
usaha2 membantu meringankan dan memudahkan,
doa2 yang terang dan tersembunyi
terima kasih semuanya.

Moga Allah mengganjarkan dengan sebaik2 ganjaran.

ya Allah, aku bersyukur dengan segala nikmatMu,
nikmat kesembuhan, nikmat ukhuwah, tadharru' serta banyak lagi yang xmampu terungkap,
mohon terus kurniakan aku kesembuhan sepenuhnya Tuhan.
dan hanya pada-Mu aku serahkan segalanya.

**********

mereka yang terlalu-banyak-berkorban T_T

info ;
11/11/2008 merupakan tarikh aku dimasukkan ke icu dan di-dignosed CML dan bermulalah kehidupan sebagai CML survivor dan BMT survivor xlama selepas itu.

**masih teringat juga saat ayah cuba menerangkan dengan tabah apa yang aku alami tika itu. selepas seminggu di-dignosed baru tahu apa yang berlaku. masih teringat bagaimana jiwa dan hati cuba menahan perasaan tika itu. masih ingat peluk nangis bersama mama, menerima dengan redha segala ketentuan. (T_T) Allah..

pasti akan ku ingat kemas2 segala cerita ini sampai bila-bila. 
agar dapat terus menghargai nikmat nafas2 kehidupan yang berbaki.
doakan aku kuat, sahabat!~

psssttt.. bakal menghadapi imtihan yang berderet, (T_T) mohon doakan!  

Monday, September 26, 2011

imbas

Ayah : Asma' kena makan banyak2, nanti nak tolong angah..
Asma' : Kan Asma' dah bagi sum2 kat angah hari tu, org lain pulak lah.
Ayah : Asma' je yang boleh tolong angah. org lain xsama DNA dgn angah. ayah, mama, kakak, abang semua xdpt tolong angah. Asma' je. Asma' kan strong..
Asma' : Asma' sakitlah.. dekat sini, sini, sini. (sambil tunjuk bhgian2 yang pernah dicucuk untuk ambil darah). Doktor tu buat sakit. (T_T)
Ayah : Habis tu, siapa yang nak tolong angah?
Asma' : Hmmm, Asma' nak tolong angah tapi nntlah Asma' fikir dlu..

******************

Perbualan yang diceritakan semula oleh ayah T_T Huu, baru tahu, rupa2nya masa buat transplant setahun 8 bulan dulu, doktor xambil penuh pun kadar sum2 asma' yang sepatutnya diambil untuk masuk ke badan aku. kerana bimbangkan keadaan dia yg sgt kecil tubuhnya tika itu. takut2 memberi efect lain pula kpd dirinya. Allahu akbar.. apa pun, Alhamdulillah dia baik2 sahaja selepas transplant dlu. cuma..

disebabkan kurangnya sum2 Asma' yang masuk ke dalam badanku, menjadikan sisa2 peratus luekemia tersebut masih lagi berbaki kini. siapa sangka walau peratus sebelum2 ini menunjukkan prestasi yang baik (0.00% pada jun dan december tahun lepas), tiba2 Allah uji pada ujian yg seterusnya iaitu pd jun'11. ujian BCR-ABL ke-4 menunjukkan darahku masih punya sisa2 kromosom philadelphia tersebut. bergetar seluruh jiwa tika itu.

kepulangan 3 minggu lebih ke bumi khatulistiwa baru ini dimanfaatkan dgn mengambil sekali lagi ujian BCR-ABL ke-5. kata doktor, ujian kali ni bakal menentukan sama ada perlunya aku menjalankan pemindahan sum2 tulang itu buat kedua kalinya atau pun tidak. pemindahan kali ni adalah untuk menambah kadar sum2 Asma' yang tidak cukup hari tu agar terus kuat dalam darah bg melawan sisa2 luekemia yg masih ada. hanya Allah yang tahu betapa debarnya hati menanti natijah yang bakal diperolehi.

sebelum pulang semula ke bumi perjuangan, pusat perubatan itu kukunjungi lagi dengan penuh perasaan. syukur tanpa henti bila doktor mengkhabarkan peratus luekemia telah kembali negatif. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. segala syukur buat Dia yang mendengar doa hamba2Nya.

my little deary heroin, Asma' Adilah <3


Apa yang penting skrg, ujian BCR-ABL tersebut masih perlu diteruskan 3 bulan sekali bagi memastikan keistiqomahan darah. smoga Allah terus menyembuhkan serta kurniakan yang terbaik dan smoga aku rajin2 jumpa doktor di sini. Ameen. Mohon doakan agar peratus sentiasa istiqomah di paras negatif juga ya semua! :)

nota 1- Maaf buat mereka2 yang xtercontac, xsempat jumpa n lain2 masa balik msia baru ni. masa agak singkat dan punya tanggungjawab melebihi masa yang ada. maaf banyak2 T_T nnt balik lepas ni (bfg inshaAllah) kte jumpe2 yep! Rabbuna yastajib, inshaAllah~

nota 2- Alhamdulillah, dah masuk minggu ke-2 semester bermula :) tanda aku sudah melangkah ke tahun akhir. sekali lagi, tahun akhir! huuu, menggigil bila fikirkan.. perlu lebih laju dan rajin berusaha. smoga Allah kurniakan kejayaan hakiki, ameen! sila mendoakan yep^^

nota 3- Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, another gud news last nite :) terima kasih Allah. terima kasih yang mendoakan. moga Allah kurniakan kesembuhan sepenuhnya buat aku. Ameen.

Monday, August 8, 2011

h.a.r.d

bismillah..

sementara menanti pukul 12 malam tadi, cuba kuatkan hati serta kumpulkan segala keberanian yang ada untuk membuka laman yang sengaja tidak dibuka beberapa lama.

AllahuAkbar.. besar ujian-Mu hari ini Tuhan.. dari pagi menelan pahit sebuah kebenaran di makmal genetic, malam turut hiba tika menghadap laman yang satu ini.

menyedari jam melebihi 12 malam, lantas mereka tersayang di sana segera dihubungi. benarlah kiraan, mereka sedang bersahur di bumi khatulistiwa itu.

lalu, khabaran disampaikan satu-satu. minta maaf ayah, mama, kakak, amad, asma' kalau2 angah menganggu dinihari ini T__T sedar suara yang berubah di sana, tahu kesedihan yang melanda walau xnampak depan mata, kerna hujan air mata turut melaju di sini T__T

percaya, bukan mudah untuk berlaku tabah. juga bukan mudah berpura tabah, semudah melafaz 'aku budak tabah', malah lebih dari itu. apa2 pun, life must still goes on. tidak dapat tidak, aku mesti KUAT, tidak dapat tidak, aku mesti TABAH.. kerna Allah telah pilih aku, dan xpilih orang lain, must be i'm da special one, rite? T__T

moga hari esok makin cerah

Allah, perkuatkanlah aku yaAllah. kurniakan aku kesembuhan sepenuhnya. Engkaulah sebaik-baik Penyembuh. ku mohon, andai ini kafarah buatku, ampunkan dosa2 ku yaAllah. dan jika ini ujian buatku, ku pohon tingkatkan iman dan taqwaku kepada-Mu yaAllah..

yaAllah, pandanglah aku dengan pandangan belas ihsan-Mu, bantulah aku, tiada bantuan melainkan dari-Mu yaAllah. kurniakan aku kesejahteraan, kemurahan rezeki serta kejayaan yang hakiki, Tuhan.. kepada-Mu aku berserah..

"boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu. dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.." [2:216]

Allah, tentukan aku dengan apa yang terbaik bagiku. sungguh, Engkau lebih mengetahui segalanya..

penc0nteng.cray0n: salam ramadhan ke-8 sahabat~ moga ramadhan kali ini lebih baik dan bermakna buat kita semua.. really need ur prayer guys!

Sunday, June 12, 2011

it's summer!

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, da short of summer sem had begun! :)
moga Allah permudahkan pembelajaran di musim panas yang mula membahang ini tanpa mereka di sisi.. T__T

sungguh, walau sekejap ditinggalkan, rindu biah yang hidup itu selalu menerpa. kamu2 yang merantau ke bumi barat dan kamu2 yang pulang ke negara timur itu, cepat2 balik ye! ada jiwa yang menanti di sini :)

rooftop of bagdad cafe, the old days..
apa2 pun, perjuangan pasti perlu diteruskan. sedangkan Rasulullah saw dan para sahabat keluar berjalan jauh di musim panas kering demi jihad Tabuk, mengapa kita yang baru diuji sedikit xboleh bertahan?? T__T ingat, Allah kan adaaaaa :)

semangat, semangat, semangat!! yOsh!~

Allah, permudahkanlah urusan penyempurnaan misi murni kami di sini. tiada bantuan melainkan bantuan dari-Mu. kami benar2 mengharapkan pertolongan dari-Mu. Permudahkanlah yaAllah.. T__T

psstt.. tahniah ntuk adik2 junior batch setahun bawah sbb dah grad. doakan senior yang seorang ini menyusul nnt ye =_=

psstt lagi.. jom doakan, moga Allah terangi hati nabilah huda dan moga pointer beliau naik summer sem ni, ameen! ;)

moga hati terus basah mengantonim musim hangat kali ni, ameen.

Sunday, May 22, 2011

spring updated :)

alhamdulillah, finally the bussiest second sem finished.
happy holiday to me! ehe ;)

btw, just to dedicate da song to my beloved one, nun jauh di bumi khatulistiwa sana :)


really meant it ;)

Terima kasih atas kepayahan melahirkan
Terima kasih atas kekuatan mendidik
Terima kasih atas kesabaran menghadapi kerenah
Terima kasih atas kasih sayang x bertepi
Terima kasih atas ketabahan sebagai peneman setia di bilik sepi 6TD
Terima kasih atas tiupan semangat dan sokongan padu
Terima kasih MAMA atas segalanya..!

Selamat Hari Lahir, Mama! 
May Allah bless u all da time~
'n gives u strongnesses for the rest of life :)

Angah sayang mama & ayah sangat2 <3

penconteng.crayon: projek cuti musim bunga activated! ;)

Saturday, May 7, 2011

cerita musim bunga ;p

bismillah..

first of all, mintak maaf ayah n mama sbb lame xupdate kat sini. smpai ayah pernah call jordan semata2 nak tanya, angah sihat x? T__T  ape2 pon, alhamdulillah angah sihat je, makan ubat n minum air (",) have no worries ok! ;)

btw, there's nothing here but only the final exam no more around the corner but just behind the door T__T

n here goes my examsss ;

12/5 - FM2
19/5 - FJ
19/5 - RFH
21/5 - AB
22/5 - FMQ
22/5 - UF2

nampak x, dalam masa 10 hari je ntuk abeskan 6 subjek! dan ade 2 hari yang ade 2 paper sekali. *pengsan*

mohon doakan ye!
smoga nabilah huda dapat menjawab dgn baik untuk final exam sem ni,ameen!
terima kasih sbb mbaca :)

*the D forest*
sweet 23 ntuk dia

psstt.. alhamdulillah, dapat claim insurans dari jamiah ntuk duit2 cek-up yg melangit tu. walaupun sikit n xdapat penuh, at least boleh la cover sikit untuk yuran semester musim panas nnt. huk huk T__T

psstt lagi.. skrg adelah musim bunga, maka pokok2 bunga sangat gembira menyebarkan debunganya yang boleh menggatalkan tekak lalu menyebabkan batuk2. sila berhati2 dan jaga kesihatan anda lebih2 lagi mereka2 yg lemah imunitinya. T__T

Saturday, March 26, 2011

anugerah

sebelum hari 'manis' 8 tahun lalu ini berlalu, biar sedikit coretan mengirim rindu buat mereka2 yang dekat di hati nun di bumi khatulistiwa sana :)

pagi 26 mac 2011..

sebelum menekan butang merah di telefon, ku khabarkan padanya..

" asma', terima kasih.."
" sama-sama.."

sungguh,dia benar2 mengerti.
the full of thanks,the words from heart that i really meant it.
terima kasih sayang!
dan.. terima kasih Tuhan, kerna menganugerahkan dia dalam hidupku, dan kami semua.
syukur dengan sangat.

most of all,


SELAMAT HARI LAHIR, permata hati!
moga dilimpahi rahmat dan redha selalu..
semoga jadi generasi harapan ummat :)
angah sayang asma' sangat2 <3

angah,
mode: rindu budak kcik
11.52pm-260311
irbid,jo (9° celcius)

Friday, January 28, 2011

january updates!

bismillahirrahmanirrahim..

There're so many things happened. dalam kepiluan dan kesedihan hati, masih punya cebis rahmat dariNya. terima kasih Allah! Alhamdulillah atas semua nikmatMu..

sungguh.. 
"boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" [2:216]


orait,just a simple random jotting of january yang ingin dikongsi di sini. sekadar mengirim perkembangan buat mereka2 yang jauh beribu batu nautika tapi dekat di hati :) mereka2 yang selalu mengambil berat tentang diri ini..terima kasih! (weewwiitt..nmpak traffic dr seremban :P mst mama ngan ayah boring kan bukak2 blog angah tapi xde update.so,this is..)

5 jan- terima ucapan "mabruk!" dari doktor Ahmad, bila dia tengok result blood test masa check-up + result BCR-ABL yang ke-3. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. i'm going to be a normal person ^__^

10-13 jan- exam madah berat bederet2! T__T sampai hampir 'ter'lupa wish birthday ayah sbb 2 paper on dat day. mintak maaf ayah. alhmdulillah sempat jugak msg intro n lega bila call ayah balik malam tu =.= ape2 pon, moga Allah kurniakan kesejahteraan berpanjangan buat ayah. angah sayang ayah!

14 jan- happy one year bonemarrow! :) alhamdulillah, dah setahun sum-sum asma' selamat bersatu dalam sel2 darah angah. moga2 for the after n forever, inshaAllah. (rindu budak kecik!) n alhamdulillah, major count of blood dah macam manusia biasa, cuma ade satu part je lg yg masih x normal2 even after a year,yang secara teori bak kata doktor dan budak2 medik agak danger dan horror kalau x normal2 part tu T__T  Allah, kurniakan aku kesembuhan sepenuhnya. Engkaulah sebaik2 Penyembuh. kamu2 sile mendoakan juga ye! dan doakan moga aku juga mampu untuk bantu diri sendiri T__T

21 jan- congratulations and happy graduation day, hayati ishak! alhamdulillah,habis jugak perjuangan kamu di bumi urdun ini. gembira dengan kejayaan kamu. doakan aku menyusul! anyway,da good news: another of my batch-mate will depart tomorrow to have a master program here!hamdanlillah =) 


17-27 jan- jejak lubnan julung kalinya + syria kesekian kalinya. alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. moga jauh jejak langkah kaki menguat iman di hati, inshaAllah. jaulah winter terbaik kot stakat ni. dah mula rindu travelmate! :P

30 jan- starting of second sem! smoga 2 hari cuti berbaki ini penuh manfaat, ameen! dan moga Allah beri kekuatan dan ketabahan buat aku dalam menempuh perjuangan ijazah ini. mohon dengan sangat! T__T

penconteng-crayOn: terima kasih lubnansyria kerna mampu memujuk hati ini. dan terima kasih Allah atas segala nikmat. He knows best~