Friday, February 13, 2009

mama n an accident

Keadaan yang menyebabkan kemalangan..
Pemandu-kenderaan-jalan-lalulintas-cuaca-cahaya

Peraturan jarak untuk mengekori kereta
Peraturan 2 saat-4 saat-12 saat

Peraturan memotong kereta di hadapan
Ade 12 peraturan yang mesti dipatuhi

Huh.. tbe2 jadi skematik letronik


As usual selepas masing2 keluar rumah pukul 7 lebih pagi, al-huda akan menjalankan kerja2 di rumah.. niat hati after da siap2 kemas n buat kerja2 tu, bolela bace buku undang2.. maklumlah, org baru nak amek driving lesen. Esok ade teori test 50 questions. Marks kene lebih 42 n above baru pass.. cuak gak..huu3

Tengah2 kemas meja depan, baru prasan nset mama tinggal.. then, al-huda terus call kakak bgtau pasal tu n mintak mama balik jap amik nset.. nnt papehal kalo ade org nak call susah pulak..

Sambil2 tggu mama balik, al-huda teruskan kerja2 rumah.. da abes kemas ruang tamu yang bersepah dikerjakan asma’ mok, al-huda teruskan pulak keje2 membasuh baju seisi keluarga.. tapi, bukanla al-huda yg basuh.. al-huda tolong masukkan dlm washing machine jek..he3. al-huda g kat blakang sebab washing machine kat luar umah.. dalam hati dok pikir nape mama xsampai2 lagi nih.. patutnye dekat je kalo dari ofis kakak kat dataran senawang nak balik umah ktorg yg kat paroi-senawang.. lebih kurg 15 minit da bole smpai.. or mama lupe n da terus ke ofis dia kat rantau.. sambil2 pikiran melayang n sambil2 tangan laju masukkan baju2 kat dlm washing machine tibe2 al-huda dengar siren ambulans yg mayb lalu kat jalan besar depan taman al-huda.. terus jadi xsedap hati.. nape plak nih.. al-huda doa2 mintak2 mama xde pape..

Abes basuh kain, al-huda cepat2 call kakak saje nk tanye manela tau mama ade ngan kakak lagi ke.. derg ade singgah mane2 dlu ke.. skali kakak kate mama da lame la balik.. mule la kecuakan menyelubungi diri..

Setelah mendapat maklumat daripada ayah.. yup, btolla mama accident.. berair mate al-huda.. tapi ayah kate dun worry mama xde pape just kete je jadik mangse.. n mama antara mangsa yang terselamat di samping jadi saksi utama kejadian.. alhamdulillah,lega skit hati..

Tyme al-huda smpai kat tempat kejadian, tekejut gak tgk keadaan tyme tuh.. mama yang agak shock dengan kejadian depan matanya mmg jadik sasaran press n reporter n polis.. al-huda jadik camerawoman jek..

Keadaan yang sempat dirakam oleh al-huda..
Sometimes, da pictures can be da word..


N ni dipetik dari berita harian hari ni [13 februari 2009]..

Wanita lihat lori melambung, pemandu terbunuh

SEREMBAN: "Dahsyat, lori itu melambung sebelum berpusing-pusing dan berhenti dan terkena kereta saya. Ia berlaku di depan mata saya," kata Nor Azlina Muhammad, 44, yang menyaksikan kemalangan membabitkan sebuah lori pasir dan sebuah lori satu tan di Jalan Senawang-Paroi, dekat sini, pagi ini. Katanya beliau sedang memandu kereta mengekori lori satu tan itu untuk pulang ke rumahnya di Taman Melati Indah ketika kemalangan itu berlaku jam 8.05 pagi. “Lori satu tan itu berada dihadapan saya, sebelum ia keluar lorong untuk memotong beberapa kenderaan di hadapan, dan tiba-tiba bertembung dengan sebuah lori pasir.
“Saya nampak tiga lelaki termasuk pemandu lori, tercampak keluar dari lori berkenaan akibat pelanggaran itu. Saya terkejut tetapi bersyukur kerana terselamat, walaupun kereta saya rosak sedikit di bahagian depan” katanya. Kemalangan itu mengakibatkan pemandu lori satu tan itu, R Kannan, 23, dari Mambau terbunuh di tempat kejadian manakala dua lagi lelaki dalam lori yang sama, S Gunasegaran, 20, dan V Jayaraj, 23, cedera parah. Pemandu lori pasir itu tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama
bagi al-huda, benda2 macam nih kene amik pengajaran dan iktibar..
kerana musibah itu datang tanpa kita terjangka..
maut itu juga tiba-tiba..
moga sentiasa dalam ketaatan serta husnul khatimah di pengakhiran kehidupan..Ameen
wallahu'alam.. typing off
-----------------------------------------------------------------------------
al-huda: alhamdulillah,syukur sangat2.. makin takut pulak nak amek lesen kete nih..papepon,moge esok pass test teori undang2..pray 4 me,k..heh=)

3 comments:

lavenderpurple said...

wahhh..ko dh nk amik lesen kete.kalah aku ha xde lesenpun lg.ley pasni blk irbid bwk aku jln kite jln sesame ek time sume dh blk mesia.haha.

xtahan mak ko jd femes ek dlm paper.n ko pun turun jd wartawan tambahan ek tuk masuk dlm berite blog ko.haha

neway alhamdulillah mak ko slmt n ko pun hati2 k.huhu

penconteng.crayOn said...

cik lavenderpurple..
alhamdulillah,sume selamat..
agak femes gakla hari tuh sebab masuk paper,tv sume..
but just my mom jela, i low profile sket=p
buleh2,nanti kite drive g jenjalan sesame..hee3
lom abes blaja agi da becite2 tggi..xpe,jadi inspirasi..
doakan i cepat lepas ujian jpj,ok=)

mmh said...

alhamdulillah mak huda selamat...
seram plak nk follow blakang lori lps ni...

slmt amek lesen kete! lps ni boleh la tlg hntr asma' pegi skolah..